Percayakah anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?
Malahan sudah terdapat segelintir penduduk Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.
Pengurus Pemasaran Sekolah Goft Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.
“Kancil saya menggunakan 3 liter minyak hitam. Jadi saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabi sehinggaRM130, tetapi sekarang kurang dari RM10,” katanya.
Jika dulu beliau menggunakan minyak hitam semi sintetik jenama Castrol, kini beliau menggunakan ‘Minyak Hitam’ yang dibelinya dari sebuah pasar raya. Menurutnya selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak lebih dai satu takuk.
Beliau berkata, ketika menghantar keretanya ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi megakui ini merupakan alternative terbaik memendangkan harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.
Sementara itu, pencipta alat penjimat miyank kereta berasaskan gas hydrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut mengguhnakan minyak masak sebagai minyak hitam kereta Proton Iswaranya. Beliau telah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dasn mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.
Bekas jurutera sebuah syarikat di Jepun serta graduan bidang ekonomi dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata “ Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sintetik, tetapi kita tidak tahu mengenainya”.
Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira 2 tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar Negara.
Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyalk hitam keretanyamalahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.
“hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Janagn pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku” katanya.
Katanya, harga minyak hitam pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol 4 liter minyak hitam semi sintetik kini berharga RM160 dan minyak sentetik sepenuhnya mencecah RM200.
Bagaimanapun beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebaai pelincir enjin kereta.
Kepada mereka yang ingin mengenai lebih lanjut mengenai minyak masak boleh melayari http//ilmurahsia.name.my.
Orang ramai juga boleh melayari laman web http//www.nordicgroup.us/oil.htm#The300 Mile Facts untuk maklumat yang sama.
Dipetik dari Akhbar Kosmo, Jumaat, 14 Nov 2008, m/s 22
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment