Monday, November 24, 2008
Tip Tambah Rezeki
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Barang siapa yang meninggalkan nikah kerana takut miskin, ia bukan termasuk golongan kami""Nikah itu sunahku, kerana itu barang siapa yang membenci sunahku, ia bukan sebahagian golonganku""Rezeki akan bertambah dengan perantaraan menikah""Sesuatu yang kamu berikan kepada isterimu itu adalah sedekah bagimu""Nikah itu berkah, anak itu rahmat.Kerana itu muliakan anak-anakmu sebab memuliakan anak itu adalah menjaga ibadah""Nikah itu adalah sunahku,kerana itu barang siapa yang membenci sunahku, ia bukan sebahagian golonganku""Carilah rezeki dengan jalan menikah""Seburuk-buruk kamu ialah orang yang membujang dan sehina-hina orang yang mati di antara kamu ialah orang yang membujang" (Imam Ahmad dari 'Athiyah bin Busir)"Seburuk-buruk kamu ialah orang yang membujang,dua rakaat solat sunat dari orang yang beristeri itu lebih baik daripada tujuh puluh rakaat tanpa beristeri" (Ibnu 'Ady dari Abu Hurairah)Ya Allah ! Selamatkanlah Umat Islam di seluruh dunia ini.Betulkan niat dalam melakukan sesuatu kerana Allah S.W.T
Sayangnya Allah Pada Wanita
assalamualaikum...Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:- 1- lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh menekala dosa gadis bujang ditanggong oleh bapanya. 2- lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !3- Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong-jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya. BERATKAN !4- Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya sepert gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. Wanita 1- Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. 2- Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah Tetapi tidak sebaliknya. 3- Wanita saksinya kurang berbanding lelaki. 4- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki. 5- Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.6- Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya.7- Talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.8- Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita.Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebihutama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?? wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana mana pintu syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap). Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH...Sayangnya ALLAH Pada Wanita ....kan?
Nasihat untuk para isteri dan para ibu
1) Taat pada suamiAntara tanda-tanda diri wanita solehah itu ialah taat kepada suaminya. Taat kepada suami merupakan tempat kedua setelah taat atau patuh kepada perintah dan larangan Allah. Bahkan ketaatannya kepada Allah diukur sejauh mana dia dapat menyelesaikan kewajipannya terhadap suaminya.Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya seorang isteri belum dapat dikatakan ia menunaikan kewajipan terhadap suaminya seluruhnya. Jika suaminya memerlukannya,sedangkan pada waktu itu dia sedang berada di atas kenderaann, maka dia tidak boleh menolaknya." [Riwayat Thabrani]Dalam hadis yang lain pula diterangkan bahawa siapa sahaja isteri yang penuh keikhlasan dalam melaksanakan tugasnya sebagai isteri, serta beriman kepada Allah maka ia berhak memperolehi syurga. Rasulullah saw bersabda:"Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan dan menjaga kemaluannya daripada mengerjakan perbuatan haram dan ia taat kepada suaminya, maka ia akan di persilakan masuk kedalam syurga dari pintu mana sahaja yang ia kehendaki." Dalam hadis yang lain pula diterangkan:"Apabila seorang isteri itu telah meninggal dunia dan suaminya redha akan dirinya, maka ia akan dimasukkan ke dalam syurga."Dari hadis diatas dapatlah di simpulkan bahawa apabila seseorang isteri telah meninggal dunia, sedang waktu hidupnya ia tidak pernah mengecewakan dan menyakiti suaminya maka, syurgalah adalah tempat yang bakal di diaminya. Manakala bagi isteri yang mana waktu hidupnya tidak melaksanakan kewajipannya (selagi tidak bertentangan dengan syara`) maka ia akan memperolehi kehinaan di sisi Allah SWT.
Pengganti Minyak Hitam ???
Percayakah anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?
Malahan sudah terdapat segelintir penduduk Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.
Pengurus Pemasaran Sekolah Goft Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.
“Kancil saya menggunakan 3 liter minyak hitam. Jadi saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabi sehinggaRM130, tetapi sekarang kurang dari RM10,” katanya.
Jika dulu beliau menggunakan minyak hitam semi sintetik jenama Castrol, kini beliau menggunakan ‘Minyak Hitam’ yang dibelinya dari sebuah pasar raya. Menurutnya selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak lebih dai satu takuk.
Beliau berkata, ketika menghantar keretanya ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi megakui ini merupakan alternative terbaik memendangkan harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.
Sementara itu, pencipta alat penjimat miyank kereta berasaskan gas hydrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut mengguhnakan minyak masak sebagai minyak hitam kereta Proton Iswaranya. Beliau telah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dasn mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.
Bekas jurutera sebuah syarikat di Jepun serta graduan bidang ekonomi dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata “ Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sintetik, tetapi kita tidak tahu mengenainya”.
Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira 2 tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar Negara.
Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyalk hitam keretanyamalahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.
“hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Janagn pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku” katanya.
Katanya, harga minyak hitam pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol 4 liter minyak hitam semi sintetik kini berharga RM160 dan minyak sentetik sepenuhnya mencecah RM200.
Bagaimanapun beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebaai pelincir enjin kereta.
Kepada mereka yang ingin mengenai lebih lanjut mengenai minyak masak boleh melayari http//ilmurahsia.name.my.
Orang ramai juga boleh melayari laman web http//www.nordicgroup.us/oil.htm#The300 Mile Facts untuk maklumat yang sama.
Dipetik dari Akhbar Kosmo, Jumaat, 14 Nov 2008, m/s 22

Subscribe to:
Comments (Atom)