Monday, February 2, 2009

Kerang Bakar @ Kerang Rebus????

Ini mungkin mengejutkan ramai peminat kerang rebus atau kerang baker. Sebagaiman yang kita ketahui,habitat kerang adalah di dalam lumpur dan pada kebanyakan waktu ia membuka cengkerangnya untuk mengumpulkan sumber makanan. Sekiranya kerang itu diperolehi dari kawasan airnya tercemar, kekotoran dan toksik yang terkandung di dalamnya boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti sakit perut akibat keracunan.

Lebih teruk, anatomi kerang menjadi tempat terbaik bagi aktiviti bakteria dan virus yang menyebabkan hepatitis dan meningitis. Ia sama bahaya dengan kes keracunan raksa seperti yang dilaporkan terdapat pada ikan laut.

Wanita yang hamil dan mereka yang sensitif terhadap makanan separa masaksebaik-baiknya perlu melupakan keinginan untuk menikmati kerang atas risiko keracunan. Jika tidak dapat dielakkan , pastikan dahulu dengan pemilik gerai (jika dia mengetahui ) dari manakah kerang itu didapatkan dan bagaiman ia dimasak.

Adakah kerang rebus lebih baik dari kerang bakar?

Sementara kerang bakar membuatkan kita memakan kesan lumpur yang menjadi unsur karbon dan tar, rebus pula menyinkirkan lebihan lumpur dalam cengkerang.

Kaedah rebus juga boleh mematikan darah kerang yang berpotensi mengandungi unsur yang memudaratkan, maka anda perlu memastikan kerang tersebut di rebus lama.

WANITA MUDAH DAPAT TULANG RAPUH

Selain risiko kanser khusus seperti kanser payudara, kanser pangkal rahim, dan kanser ovari yang dihadapi wanita, masalah kesihatan tulang wanita kini semakin membimbangkan. Wanita bukan sahaja mempunyai ketumpatan tulang lebih rendah berbanding lelaki, malahan menghadapi risiko tulang rapuh yang lebih tinggi selepas menopaus.

Badan manusia mempunyai 206 tulang yang membentuk sistem kerangka dalaman untuk melindungi, menyokong, dan mengekalkan bentuk serta pergerakan badan. Sistem kerangka itu juga menyimpan 99 peratus bekalan kalsium badan, menjadikannya lebih keras berbanding struktur badan lain. Ini menjadikan tulang amat penting bagi kesempurnaan tubuh manusia.

Tabiat Menggigit Kuku

Tabiat menggigit kuku adalah perkara biasa yang telah lama membelenggu masyarakat umum. Semua orang tidak mengira usia dan jantina mempunyai tabiat menggigit kuku. Menggigit kuku adalah sebahagian daripada tabiat badan yang dilakukan berulang kali tanpa disedari.

Hamper 10% kanak-kanak terutamanya lelaki akan melalui peringkat menggigit kuku. Tabiat itu akan berakhir apabila mereka berupaya meluahkan perasaan dan keperluan melalui perkataan. Malah tabiat itu akan terhenti apabila sesweorang mencecah usia 30 tahun.

Menggigit kuku dalam keadaan yang tidak sedar adalah satu perkara yang normal. Mereka melakukannya kerana terlalu fokus pada benda lain dan bukannya melibatkan tingkah laku. Contohnya apabila mereka berkhayal dan memikirkan sesuatu. Bagi sesetengah orang, perbuatan itu dilakukan ketika berasa bosan tetapi kebanyakan orang, ia menjadi ketagihan yang mengambil masa yang lama untuk disingkirkan. Dikenali sebagai ONIKOOFAGIA, tabiat itu boleh menjadi luar biasa apabila ia duluar kawalan. Contohnya menggigit kuku sehingga berdarah.

Kesan negatif jika tabiat ini masih berterusan iaitu ianya akan mencacatkan pandangan kuku anda sekaligus membangkitkan rasa malu sekiranya berada di sebuah majlis yang memerlukan anda berinteraksi dengan orang ramai.

Berrgantung kepada identiti personaliti seseorang sekiranya dia seorang yang mementingkan kesempurnaan iaitu seseorang yang terlalu teliti dalam pelbagai aspek terutama kuku, mungkin ia ada kaitan dengan keyakinan diri malah ada juga diantara menggigit kuku disebabkan yakin pada diri sewaktu hendak membuat keputusan. Sekiranya seseorang itu menggigit kuku dalam keadaan yang begitu kerap atau tidak dapat menghentikan tabiat tersebut sehngga melibatkab pendarahan, mereka perlu mendapatkan bantuan perubatan dan kaunseling.

Antara rawatan yang boleh dilakukan bagi menghentikan tabiat ini ialah:-

Sentiasa memotong dan mementingkan penjagaan kuku. Cara tersebut dapat membantu anda mengurangkan tabiat menggigit kuku dan mempengaruhi diri anda agar menjaganya dengan baik.
Lakukan rawatan kuku, sesekali pakai kuku tiruan kerana ianya berkesan membantu anda menghentikan tabiat buruk tersebut sekaligus dapat menjaga pertumbuhan kuku
Cuba teknik mengawal stress. Dengan cara ini, anda tidak lagi meneruskan lagi tabiat tersebut.
Melakukan aktiviti seperti melukis, menulis atau memeluk anak patung atau haiwan peliharaan apabila hendak menggigit kuku.
Paki sarung tangan, pembalut lukaatau pelekat berwarnaapabila anda sukar untuk menghentikan tabiat tersebut.
Kebiasaannya kanak-kanak mula menggigit kuku apabila berhadapan dengan masalah di sekolah atau melibatkan rakan-rakan. Sebagai ibu bapa, anda perlulah bercakap dengan anak-anak mengenai punca penyakit stress di rumah. Ini kerana mereka mudah memahami sesuatu punca dan kesan penyakit apabila ibu bapa bercerita dengan lebih terperinci.